Sunday, January 29, 2012

Tolonglah Jangan Cemburukan Aku

kredit to : usaginana.blogspot.com

Aku.. manusia biasa...

Tidak ada kelebihan apa-apa... dari segi rupa dan harta..

Jadi janganlah cemburukan aku.. Hargailah apa yang kamu ada..sebab apa yang kamu ada sesungguhnya tidak ada pada aku..

Aku tidak berniat untuk merampas apatah lagi nak memorak perandakan hidup orang lain.. Jadi tolonglah jangan cemburukan aku berlebihan.

Hati aku sudah mula rawan. Sudah mula resah tak menentu. Ada pisau yang menyucuk-nyucuk jantung dan hati.

Selera makan yang tiada. Nasi sudah tidak tertelan. Yang masuk seperti mahu dimuntahkan kembali..

Oh.. tolonglah jangan cemburukan aku... Aku tidak berniat jahat..serius nih!

Ada kala aku agak giler.. bukan giler dari segi pemikiran..tapi lebih kepada perbuatan. Bukan giler sampai menyusahkan orang lain..tapi giler hingga ada kala melukakan hati sendiri.. Hati yang berparut sudah bertambah-tambah parutnya.

Jadi.. tolonglah faham... jangan cemburukan aku...

Aku tidak mampu untuk bersaing dengan kamu... untuk membawa diri pun sudah perit seksa inikan pula mau bertarung dengan orang yang ada segalanya...

Jadi..bantulah... jika tidak mahu bantu..'abaikan' aku....

jangan CEMBURUKAN AKU lagi....


1 comments:

Serindit said...

Time will heal...

Post a Comment